::SEJARAH TAMADUN DUNIA::
14 March, 2012 @ 3/14/2012 07:27:00 AM | 0 Comment [s]

Soalan:
Bincangkan ciri-ciri pentadbiran pusat dan wilayah di India dengan merujuk pada zaman empayar Maurya.


       Empayar maurya telah diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 321SM -297SM . Nama empayar ini diambil dari perkataan ‘ Moriyus’ iaitu satu suku yang terdapat di Utara India. Pemerintahan Empayar Maurya diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara dari tahun 297SM - 272SM, kemudian diikuti oleh Asoka dari tahun 273 -323 SM yang dianggap sebagai zaman keagungan dan kegemilangan Dinasti Maurya.Terdapat 10 orang Maharaja yang menjadi pemerintah dalam Dinasti Maurya dan yang terakhir ialah Maharaja Brhadratha.

       Antara ciri-cirinya adalah pentadbiran pusat diketuai oleh Maharaja. Maharaja bertindak sebagai ketua dalam bidang eksekutif, kehakiman dan ketenteraan.Oleh itu, raja dianggap suci, dan menikmati banyak hak keistimewaan dan juga terdapat  gelaran-gelaran khas seperti ‘Devaraja’.
       Selain itu, raja dibantu oleh menteri-menteri dalam sebuah Majlis Menteri (council).Tugas utama menteri ialah memberi nasihat kepada raja berhubung dengan hal ehwal penting dalam Negara.Menteri-menteri biasanya dilantik oleh raja berdasarkan kelayakan dan kebolehan mereka, dan tidak berdasarkan pengaruh dan latar belakang keluarga mereka.Bilangan anggota menteri berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang.Contohnya Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Peperangan dan Menteri Pedamaian.

       Seterusnya adalah pembentukan ‘Menteri Parishad’ yang terdiri daripada dua buah Majlis iaitu ‘Majlis Negeri’ dan ‘Majlis Eksekutif’. Majlis-majlis ini berfungsi sebagai membantu raja dalam kerja-kerja pentadbiran.

Raja biasanya mendapatkan pandangan dari ‘Majlis Negeri’ sebelum sesuatu keputusan dilakukan.
               Mewujudkan sistem birokrasi yang diketuai oleh beberapa orang pegawai tinggi kerajaan juga merupakan ciri-ciri pentadbiran pusat  dan wilayah di india. Fungsi sistem birokrasi membantu kerja-kerja pentadbiran yang diketuai oleh menteri-menteri. Antaranya ialah Ketua paderi, ketua komander, ketua hakim dan ketua bendahari.
               Disamping itu, empayar ini juga mewujudkan jabatan-jabatan peringkat rendah yang terdiri daripada penguasa jabatan kerajaan dan kakitangan sokongan iaitu terdapat 28 jabatan. Setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa dan penguasa-penguasa tersebut akan diawasi oleh Komisioner. Contoh jabatan rendah ialah Jabatan perlombongan , Jabatan akaun, Jabatan emas, Jabatan gudang, Jabatan pertanian.
               Selain mewujudkan jabatan-jabatan peringkat rendah,juga telah mewujudkan jawatan pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat untuk raja dan pegawai penting. Pengintip dibahagikan kepada beberapa kelas dan mempunyai fungsi atau tugas yang berlainan. Pengintip –pengintip diwujudkan untuk mengawasi tindak tanduk pegawai tinggi, seperti menteri-menteri, putera mahkota dan sebagainya.

               Seterusnya, pentadbiran wilayah juga dibahagikan kepada peringkat daerah, dan kampung. Peringkat daerah diketuai oleh ‘Sthanika’ dan di peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung yang dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampung. Diperingkat kampung juga dilantik juru akaun atau ‘Gopa’ yang bertanggungjawab menyimpan akaun dan akan dipantau oleh ‘Sthanika’. Ketua kampung biasanya dibantu oleh ‘assembly’ yang terdiri daripada beberapa penduduk kampung.

       Yang terakhir adalah telah mewujudkan pentadbiran di peringkat bandar-bandar yang dibahagikan kepada unit pentadbiran kecil, yang dikenali sebagai ‘wad’ yang dianggotai oleh beberapa keluarga . Setiap bandar diketuai oleh ‘Nagaraka’ atau penguasa bandar dan diperingkat ‘wad’ terdapat pegawai-pegawai kecil dilantik.

               Pentadbiran pusat dan wilayah di India yang sistematik telah banyak membantu perkembangan tamadun India terutama dari segi perluasan empayar. Kedua-dua pentadbiran ini juga telah menjadikan Empayar Maurya sebagai empayar yang kuat pada zaman kegemilangan mereka






Older Post | Newer Post

Hye and Assalamualaikum.welcome guys! Thanks coming into my blog.



DiaryAboutStuffSite