Huraikan perubahan,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan
31 March, 2012 @ 3/31/2012 03:09:00 PM | 0 Comment [s]


Huraikan perubahan,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira 40 tahun iaitu 41 H - 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyyah yang wujud 41 H - 132 H.Beliau berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. Menjadi gabenor di Syam selama 20 tahun dan 20 tahun lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.Sebelum pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara beliau dengan Saidina Ali antara tahun 37 H - 38H.Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Siffin .Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan mereka tetapi gagal.Selepas kewafatan Saidina Ali Muawiyah telah dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Hassan menolak jawatan Khalifah.

Isi Perubahan yang dilakukan oleh Muawiyah.
·                     Beliau menggubal beberapa dasar penting yang berbeza dalam negara bagi mentadbir wilayah-wilayah yang luas itu. Setiap wilayah mempunyai masalah dan cara tersendiri untuk ditadbir.
·                     Di Iraq ,beliau telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin Arab yang menjadi penyokong kuat kepada khalifah Ali. Selain itu beliau mengekalkan sistem pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan penentangan dan perpecahan.
·                     Di Mesir, beliau berusaha memulihkan keadaan ekonomi yang buruk pada zaman sebelumnya dengan melantik rakan setianya Amru al As sebagai gabenor di Mesir.
·                     Di Syam, memberi layanan yang baik kepada kepada penduduk di sana yang merupakan penyokong kuatnya.
·                     Di Jazirah (Mesopotamia),menjalankan dasar muafakat dan kompromi antara penduduk yang terdiri daripada Qais dan Yaman.
·                     Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing sama ada Parsi,India mahupun Byzantine
·                     Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Kufah dan ke Damsyik. Ini kerana di Damsyik ramai penyokong setia Muawiyah.
·                     Mengubah sistem pemilihan Khalifah secara Syura kepada warisan. Ini telah mengubah tradisi sebelumnya iaitu pada zaman Khulafa Rasyidin. Beliau telah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan khalifah.
·                     Meluaskan kuasa politik Khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani Umaiyyah. Khalifah mempunyai kuasa mutlak dan berpusatkan khalifah dalam membuat keputusan. Jawatan gabenor dimonopoli oleh keluarga Bani Umaiyyah.
·                     Mengadakan pasukan tentera yang kuat yang terdiri dari orang-orang Syam dan mereka diberi gaji tetap. Orang Syam setia kepada Muawiyah.
·                     Memperkenal atau meniru sistem pentadbiran kerajaan Byzantine dengan mengambil pegawai-pegawai yang beragama kristian untuk berkidmat.
·                     Menubuhkan pejabat pendaftaran, pejabat pos dan jabatan perisik bagi mengetahui rahsia-rahsia pihak musuh.
·                     Mengutamakan keturunan Arab, khususnya keturunan bani Umaiyyah dalam pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Golongan bukan Arab (mawali ) kurang diberi peluang sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada mereka.
Muawiyah Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun. Beliau berjaya mengasaskan dinasti pemerintahan Bani Umayyah dan merupakan pengasas pertama sebelum era keruntuhan. Berjaya menjadikan empayar Islam kuat dan disegani.

Jelaskan kesan Perjanjian Nanking (1842) di China dan Perjanjian Bowring (1855) di Thailand.
@ 3/31/2012 02:49:00 PM | 0 Comment [s]

Pendahuluan (2/3m)

a. Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bowring (1855) merupakan perjanjian pertama yang ditandatangani oleh China dan Thai dengan kuasa-kuasa Barat.
b. Perjanjian ini telah merintis kepada bermulanya hubungan ke dua-dua negara tersebut dengan kuasa-kuasa Barat secara rasmi dan atas dasar persamaan taraf.

B. Perjanjian Nanking (10m)
1. Politik
a. Perjanjian ini menjadi model kepada China mengadakan perjanjian dengan kuasa-kuasa-kuasa barat yang lain seperti Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.
b. Perubahan dasar luar China daripada dasar Tutup Pintu kepada dasar Buka Pintu.
c. China terpaksa membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang-pedagang asing di samping menyerahkan Hong Kong kepada British
d. Kekalahan China dalan perang ini dan keterpaksaannya menerima syarat-syarat Perjanjian Nanking telah menjatuhkan martabat dan maruah China di kaca mata Barat dan masyarakat China sendiri.
e. Masyarakat tempatan China lebih bersemangat untuk terus menentang dan menjatuhkan Dinasti Manchu dengan melancarkan beberapa pemberontakan seperti Pemberontakan Taiping 1851-1864 dan Revolusi 1911.
f. Masyarakat China khususnya golongan terpelajar semakin sedar tentang perlunya negara China melaksanakan pembaharuan sehingga tercetusnya Gerakan Menguatkan Diri dan Reformasi 100 Hari.

2. Ekonomi
a. Tuntutan gantirugi perang sebanyak 21 juta tael oleh Brtish telah menjejaskan dan melemahkan ekonomi China.
b. Pembukaan pelabuhan-pelabuhan China telah menyebabkan kegiatan perdagangan China dengan negara-negara Barat semakin berkembang.
c. Kemasukan barang-barang barat dengan banyaknya menjejaskan barang-barang keluaran tempatan kesan berikutnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup.
d. Peranan Cohong sebagai orang tengah telah ditamatkan seterusnya telah menutup sumber pendapatan golongan ini.

3. Sosial
a. Beberapa adat tradisi China telah dihapuskan misalnya amalan kowtow orang Barat kepada Maharaja China.
b. Kemasukan mubaligh menyebabkan agama Kristian semakin berkembang di kalangan orang China dan telah menjejaskan adat resam dan agama Buddha.
c. Masyarakat China khususnya golongan terpelajar semakin terdedah dengan corak pemikiran serta idea-idea Barat.

C. Perjanjian Bowring (10m)
1. Politik
a. Perjanjian ini menjadi model perjanjian Siam negara-negara barat yang lain seperti Perancis, Amerika Syarikat, Jerman dan sebagainya.
b. Berlaku perubahan dasar luar Siam daripada dasar Tutup Pintu kepada Dasar Buka Pintu kepada negara-negara barat.
c. Penghantaran konsul-konsul barat ke Bangkok dan sebaliknya telah mengeratkan hubungan Siam dengan negara-negara Barat.
d. Hubungan erat Siam dengan negara-negara Barat dapat mengelakkan pencerobohan Barat seterusnya dapat mempertahankan kemerdekaan Siam.
e. Pengambilan pakar dan penasihat daripada pelbagai negara barat membantu Rama Mongkut melaksanakan pembaharuan dan permodenan di negara tersebut.

2. Ekonomi
a. Perjanjian Siam dengan kuasa-kuasa Barat telah membuka Siam kepada pedagang barat dan perdagangan antarabangsa.
b. Kemasukan pelabur-pelabur barat membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi Siam daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
c. Berlaku perkembangan pesat dalam sektor padi, tebu dan kayu jati berikutan pembinaan kilang-kilang beras, gula dan papan oleh pemodal-pemodal Barat.
d. Penetapan kadar cukai import dan eksport telah menguntungkan perdagangan antara Siam dengan negara-negara Barat.
e. Kemasukan pemodal Barat dan pengenalan ekonomi moden telah mengurangkan monopoli golongan bangsawan terhadap beberapa sumber ekonomi seperti kayu jati.
f. Perkembangan pelaburan barat juga mengurangkan dan telah menyaingi peranan kaum China dalam ekonomi Siam .

3. Sosial
a. Rama Mongkut memansuhkan beberapa adat resam seperti amalan menghadap raja, perhambaan dan buruh kerah .
b. Sistem pendidikan Barat mula diperkenalkan dan berkembang di Siam .
c. Usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat telah dilaksanakan oleh Rama Mongkut dan Rama Chulalongkorn dengan memodenkan sistem perhubungan dan kesihatan dengan bantuan penasihat Barat.


C.Kesimpulan (2/3m)

a. Perjanjian Nanking banyak memberi kesan buruk kepada China kerana selepas perjanjian ini politik dan ekonomi China semakin lemah. Suasana ini diburukkan lagi dengan timbulnya penentangan orang China untuk menjatuhkan kerajaan Manchu.
b. Perjanjian Bowring pula memberi banyak kesan positif kerana ia bukan sahaja mempercepatkan pemodenan Siam tetapi yang lebih penting kedaulatan Siam terus dapat dipertahankan .

Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Nanking (1842) di negara Jepun dan China
@ 3/31/2012 02:46:00 PM | 0 Comment [s]

Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika, manakala Perjanjian Nanking ditandatangani antara China dengan British. Kedua-dua perjanjian merupakan perjanjian penting yang membawa banyak kesan politik, ekonomi, dan sosial terhadap China dan Jepun.


Kegiatan perdagangan giat dijalankan Amerika Syarikat pada awal abad ke 19, iaitu kegiatan perdagangannya dengan Negara China di Canton. Atas kepentingan inilah Amerika Syarikat merasakan betapa pentingnya mencari pelabuhan persinggahan. Dalam hubungan ini negara Jepun merupakan negara yang paling sesuai sebagai pangkalan arang batu dan juga pelabuhan persinggahan. Disamping itu Amerika Syarikat juga menjalankan kegiatan menangkap ikan paus di Pasifik Utara dan kebiasaannya anak-anak kapal sering terkandas di pinggir laut Jepun. Memandangkan keadaan yang sedemikian, Amerika Syarikat merasakan perlu diadakan hubungan dengan menghantar rombongan ke Jepun bagi memenuhi kepentingan desakan ekonomi ini.

Hasil pertemuan ini maka perjanjian Kanagawa telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dengan Jepun pada tahun 1854. Ini merupakan perjanjian yang pertama bagi Negara Jepun ke atas Negara Barat. Sesungguhnya perjanjian ini membawa kesan yang banyak ke atas Negara Jepun

Dari segi politik, Perjanjian Kanagawa menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu Jepun.
Ini jelas jika dilihat beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain iaitu dengan Britain (1854), Russia (1855) dan Belanda pada tahun 1858. Amerika Syarikat berjaya membuka konsulnya di Jepun yang diketuai oleh Townshed Harris. Dengan adanya konsul ini hubungan diplomatic yang kukuh antara Jepun dan Amerika Syarikat terjalin. Beberapa pelabuhan perjanjian dibuka malah Amerika Syarikat juga diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda

Jika dilihat dari sudut politik yang lain pula, perjanjian Kanagawa memberi pengaruh yang besar kepada kejatuhan pengaruh Shogun. Pengaruh Shogun semakin lemah dan orang ramai dan golongan pembesar mendesak supaya Shogun digulingkan. Pihak Barat pula mengambil peluang ini untuk mengagung-agungkan maharaja dalam gerakan yang dikenali sebagai “sonno-jai”. Mereka mendesak supaya kuasa maharaja yang selama ini hilang dikembalikan semula. Shogun akhirnya terpaksa tunduk dan secara rasminya menyerah kuasanya kepada Maharaja Meiji.


Dari segi ekonomi, Perjanjian Kanagawa menandakan berlakunya kegiatan perdagangan yang lebih pesat antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat. Di bawah perjanjian tersebut, Jepun telah membuka dua buah pelabuhan. iaitu Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan tujuan berdagang. Anak-anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah ditetapkan.
Dari segi sosial, terdapat kemasukan unsur-unsur Barat seperti barangan buatan Barat dan fahaman Barat.

Di negara China, keadaannya amat berbeza sama sekali dimana Britain telah memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas China kalah dalam perang Candu I. Dengan termeterainya perjanjian ini menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu China. Kerajaan China di bawah Dinasti Manchu juga terpaksa mengadakan hubungan dengan kuasa asing yang lain. Pada tahun 1844, China menandatangani Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Pada tahun 1847 pula, kerajaan Manchu mengadakan perjanjian dengan Norway dan Sweden.
Termeterainya Perjanjian Nanking telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu. Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti Manchu yang semakin lemah itu.
Dari segi ekonomi, China terpaksa membuka lima buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai kepada kuasa Barat demi perdagangan. Ini bermakna China terpaksa menerima perdagangan bebas. China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain. Sistem monopoli perdagangan Co-hong telah dihapuskan. Kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael kepada Britain.
Dari segi sosial, China didedahkan kepada unsur-unsur Barat seperti barangan asing, agama Kristian, dan fahaman Barat. Agama Kristian telah disebarkan dengan meluasnya di Negara China.
Sebagai kesimpulan, kedua-dua Perjanjian Kanagawa dan Nanking berbeza. Jepun menandatangani Penjanjian Kanagawa secara sukarela, manakala China menandatangani Perjanjian Nanking selepas dipaksa. Selepas perjanjian, Jepun menjadi moden dan kuat, manakala China semakin lemah dan semakin dicerobohi oleh Barat sehingga menjadi “Semi Colony”.


::pengajian Am::
15 March, 2012 @ 3/15/2012 07:18:00 AM | 0 Comment [s]

Penggunaan internet yang begitu popular dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan mendatangkan berbagai-bagai kesan. Jelaskan kesan penggunaan kemudahan internet kepada pengguna.
Pendahuluan:
· Penggunaan internet semakin meluas dalam kalangan masyarakat kini
· Sesuai dengan era dunia tanpa sempadan, penggunaan internet membuka ruang yang luas kepada orang ramai
· Tercapat pelbagai kesan penggunaan internet.
Kesan positif penggunaan internet:
1. Memudahkan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan pengetahuan yang berguna – dasar langit terbuka
2. Memudahkan komunikasi dengan pelbagai individu sama ada di dalam atau di luar negara – ruang bersosiall lebih meluas
3. Membina minda yang kreatif melalui pembinaan laman web, e-mel, laman blog dan sebagainya.
4. Memudahkan orang ramai membuat pelbagai urusan sama ada kemudahan urusan seharian atau menjalankan perniagaan (e-dagang)
Kesan negatif penggunaan internet:
1. Mendedahkan orang ramai dengan pelbgai perkara negatif, laman porno, lucah, dan ganas,
2. Menularkan Budaya asing dalam masyarakat tempatan.
3. Banyak membuang masa kerana leka mengikuti laman pemainan video yang banyak terdapat dalam internet.
4. Terdedah dengan paparan berita-berita palsu – gejala fitnah berleluasa
Kesimpulan:
· Sesungguhnya penggunaan internet memberi pelbagai kebaikan dan keburukan kepada orang ramai.
· Pengguna internet harus menggunakan kemudahan ini dengan baik untuk memastikan kemudahan ini tidak disalahgunakan.


hemsem nyer,,,, love it!!! hehe mwAaaahx taecyeon!!!
14 March, 2012 @ 3/14/2012 08:10:00 AM | 0 Comment [s]






::ORGANISASI KETENTERAAN tAMADUN INDIA::
@ 3/14/2012 07:46:00 AM | 0 Comment [s]

Soalan:
Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun India pada zaman klasik.

Pendahuluan :

Tamadun India mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur pada zaman klasik. Peperangan dianggap sebagai peristiwa bersifat keagamaan. Ketenteraan yang cekap mewujudkan empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India.

Isi :

Kategori Tentera

Tentera terbahagi kepada 4 kategori iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Kategori lain ialah tentera laut, pengintip, kumpulan perantis dan komisariat ( pegawai perbekalan tentera ).

Komposisi Tentera :

Unit asas tentera India ialah Patti. Angkatan tentera yang lengkap dikenali sebagai aksauhiri yang terdiri daripada 21,870 Patti.

Bilangan Tentera :

Pemerintah di India pada zaman klasik mempunyai bala tentera yang besar. Contoh, Raja Nanda mempunyai 20,000 kavalri, 2000 kereta kuda, 200,000 tentera infantri dan jumlah gajah yang berbeza iaitu sama ada 1000, 4000 atau 6000 ekor gajah.

Struktur Pentadbiran Tentera :

Raja dibantu oleh Panglima Agung yang dikenali sebagai Mahasenapati. Panglima tentera dibantu oleh kapten yang dikenali sebagai Nayaka atau Pandanayaka.

Perkhidmatan Logistik :

Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang-tukang masak dalam tentera.

Teknologi Ketenteraan :

Alatan yang digunakan ialah meriam, kayu pelantak, busur, panah beracun, pedang, tombak dan lembing

Kubu dan Tembok Pertahanan

Bandar Rajagraha iaitu ibukota Magadha mempunyai tembok yang panjang.

Kesimpulan :

Organisasi ketenteraan yang sistematik menyebabkan para pemerintah meluaskan kuasa dan mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam empayar. Ia juga meletakkan asas bagi kelahiran empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India.


::SEJARAH TAMADUN DUNIA::
@ 3/14/2012 07:27:00 AM | 0 Comment [s]

Soalan:
Bincangkan ciri-ciri pentadbiran pusat dan wilayah di India dengan merujuk pada zaman empayar Maurya.


       Empayar maurya telah diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 321SM -297SM . Nama empayar ini diambil dari perkataan ‘ Moriyus’ iaitu satu suku yang terdapat di Utara India. Pemerintahan Empayar Maurya diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara dari tahun 297SM - 272SM, kemudian diikuti oleh Asoka dari tahun 273 -323 SM yang dianggap sebagai zaman keagungan dan kegemilangan Dinasti Maurya.Terdapat 10 orang Maharaja yang menjadi pemerintah dalam Dinasti Maurya dan yang terakhir ialah Maharaja Brhadratha.

       Antara ciri-cirinya adalah pentadbiran pusat diketuai oleh Maharaja. Maharaja bertindak sebagai ketua dalam bidang eksekutif, kehakiman dan ketenteraan.Oleh itu, raja dianggap suci, dan menikmati banyak hak keistimewaan dan juga terdapat  gelaran-gelaran khas seperti ‘Devaraja’.
       Selain itu, raja dibantu oleh menteri-menteri dalam sebuah Majlis Menteri (council).Tugas utama menteri ialah memberi nasihat kepada raja berhubung dengan hal ehwal penting dalam Negara.Menteri-menteri biasanya dilantik oleh raja berdasarkan kelayakan dan kebolehan mereka, dan tidak berdasarkan pengaruh dan latar belakang keluarga mereka.Bilangan anggota menteri berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang.Contohnya Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Peperangan dan Menteri Pedamaian.

       Seterusnya adalah pembentukan ‘Menteri Parishad’ yang terdiri daripada dua buah Majlis iaitu ‘Majlis Negeri’ dan ‘Majlis Eksekutif’. Majlis-majlis ini berfungsi sebagai membantu raja dalam kerja-kerja pentadbiran.

Raja biasanya mendapatkan pandangan dari ‘Majlis Negeri’ sebelum sesuatu keputusan dilakukan.
               Mewujudkan sistem birokrasi yang diketuai oleh beberapa orang pegawai tinggi kerajaan juga merupakan ciri-ciri pentadbiran pusat  dan wilayah di india. Fungsi sistem birokrasi membantu kerja-kerja pentadbiran yang diketuai oleh menteri-menteri. Antaranya ialah Ketua paderi, ketua komander, ketua hakim dan ketua bendahari.
               Disamping itu, empayar ini juga mewujudkan jabatan-jabatan peringkat rendah yang terdiri daripada penguasa jabatan kerajaan dan kakitangan sokongan iaitu terdapat 28 jabatan. Setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa dan penguasa-penguasa tersebut akan diawasi oleh Komisioner. Contoh jabatan rendah ialah Jabatan perlombongan , Jabatan akaun, Jabatan emas, Jabatan gudang, Jabatan pertanian.
               Selain mewujudkan jabatan-jabatan peringkat rendah,juga telah mewujudkan jawatan pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat untuk raja dan pegawai penting. Pengintip dibahagikan kepada beberapa kelas dan mempunyai fungsi atau tugas yang berlainan. Pengintip –pengintip diwujudkan untuk mengawasi tindak tanduk pegawai tinggi, seperti menteri-menteri, putera mahkota dan sebagainya.

               Seterusnya, pentadbiran wilayah juga dibahagikan kepada peringkat daerah, dan kampung. Peringkat daerah diketuai oleh ‘Sthanika’ dan di peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung yang dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampung. Diperingkat kampung juga dilantik juru akaun atau ‘Gopa’ yang bertanggungjawab menyimpan akaun dan akan dipantau oleh ‘Sthanika’. Ketua kampung biasanya dibantu oleh ‘assembly’ yang terdiri daripada beberapa penduduk kampung.

       Yang terakhir adalah telah mewujudkan pentadbiran di peringkat bandar-bandar yang dibahagikan kepada unit pentadbiran kecil, yang dikenali sebagai ‘wad’ yang dianggotai oleh beberapa keluarga . Setiap bandar diketuai oleh ‘Nagaraka’ atau penguasa bandar dan diperingkat ‘wad’ terdapat pegawai-pegawai kecil dilantik.

               Pentadbiran pusat dan wilayah di India yang sistematik telah banyak membantu perkembangan tamadun India terutama dari segi perluasan empayar. Kedua-dua pentadbiran ini juga telah menjadikan Empayar Maurya sebagai empayar yang kuat pada zaman kegemilangan mereka






Older Post

Hye and Assalamualaikum.welcome guys! Thanks coming into my blog.



DiaryAboutStuffSite